Skip links

objektif, misi & visi.

Dengan pengalaman, kemahiran & pengetahuan yang dimiliki, The Kayu Pallet mampu melaksanakan kerja & projek sehingga menepati kepuasan pelanggan. Kami sentiasa meningkatkan kemahiran & perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di masa hadapan. Justeru, kami memastikan agar objektif, misi & misi kami dapat dicapai.

Objektif Syarikat

Kayu Palet Sdn Bhd merupakan sarikat yang ingin menjadi penggerak bagi memberi sumbangan dalam melancarkan pembangunan & kemajuan dalam negara. Selain itu, dengan pengalaman yang ada, kami sentiasa akan memastikan kualiti perkhidmatan, pembekalan dan sebagainya berada di tahap yang memuaskan.

01 01

Memenuhi Kehendak
Pelanggan

  • Melaksanakan kerja yang berkualiti
  • Mengekalkan & memperoleh hubungan yang baik dengan pelanggan / pembekal yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti kerja.

02 02

Bersikap
Profesional

  • Latihan & pembangunan kakitangan
  • Hubungan & komunikasi yang baik dengan pelanggan & pembekal

03 03

Pengurusan Kualiti
Kerja / Projek

  • Memastikan perancangan yang baik sebelum perlaksanaan terlebih dahulu.
  • Memastikan komunikasi & penyeliaan yang baik di tapak untuk meningkatkan sokongan logistik & penghantaran.

04 04

Keselamatan &
Kesihatan

  • Penyelenggaraan pencegahan.
  • Menyediakan PPE (peralatan perlindungan diri).
  • Mengadakan taklimat keselamatan sebelum memulakan kerja.
  • Pemeriksaan kesihatan rutin.

Misi Syarikat

Menghasilkan produk yang berkualiti, unik & dapat memenuhi citarasa semua pelanggan. Syarikat juga akan memastikan tahap pencapaian prestasi syarikat akan terus maju ke hadapan sebaris dengan syarikat-syarikat gergasi lain di Malaysia.

Visi Syarikat

Berazam agar syarikat Kayu Palet Sdn Bhd akan menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang maju, kukuh & mantap suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu, syarikat akan memastikan orang ramai di setiap daerah dalam Malaysia boleh mendapatkan stok kayu pine dengan mudah dan murah.

This website uses cookies to improve your web experience.
WeCreativez WhatsApp Support
Unit Khidmat Pelanggan The Kayu Pallet Sedia Membantu!
? Hi, boleh saya bantu?