Sekitar bulan Mac 2015, syarikat menjual kayu pallet yang diproses, dari proses mencabut paku hinggalah mengetam kayu. Aktiviti ini dilakukan secara sambilan selama setahun secara bersendirian sebelum dibantu oleh seorang pekerja pada tahun 2017. Seterusnya berkembang sehingga ke hari ini dengan mempunyai 9 orang pekerja di cawangan utama (Sungai Petani, Kedah) dan 13 cawangan (Alor Setar, Kulim, Kodiang, Jitra, Kepala Batas, Langkawi, Sungai Dua, Changlun, Pendang, Yan dan Pulau Pinang).
Syarikat ini telah didaftarkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan seperti:-
- Pembuatan Pallet
- Pembekal Kayu Pine
- Rekabentuk Dalaman
- Pembuatan Perabot
- Pengeluaran Kayu Secara Pukal
- Latihan & Perundingan
Bermula dengan hanya aktiviti penjualan kayu, syarikat mula mengambil tempahan membuat perabot dengan memasuki kerjaya sebagai pereka dalaman, melibatkan kerja ubah-suai pejabat, restoran, dan tapak dalam acara-acara tertentu. Pada tahun 2018, syarikat mula membuat beberapa produk siap seperti rak koleksi miniatur kereta dan papan rehal.
Syarikat mula melakukan promosi dan jualan secara atas talian melalui media sosial Facebook (2015) sebelum aktif menjual di platform e-dagang Shopee (2018) dan Lazada (2019).
The Kayu Pallet menguasai pasaran atas talian penjualan kayu pine dan produk berasaskan kayu pine di Malaysia melalui laman e-dagang (Shopee & Lazada) dengan mempunyai lebih 10 kedai.